Wanita Malaysia Dipenjara Terbabit Kes Kad Kredit Palsu

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang wanita Malaysia, direkrut sindiket jenayah antarabangsa untuk membantu mencuri ratusan ribu dollar daripada perniagaan di Melbourne, dihukum penjara sekurang-kurangnya 21 bulan.

Julie Lim, 29, merupakan seorang daripada "individu yang membeli-belah", telah dibayar sehingga 12 peratus bagi barangan yang dibeli menggunakan kad kredit palsu, menurut laporan akhbar The Age.

Ratusan kad kredit palsu dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu, Jerman, Korea, Albania dan Yugoslavia digunakan oleh kumpulan itu dalam apa yang disifatkan oleh Mahkamah Daerah Melbourne David Parsons sebagai "penipuan amat canggih".

Lim mengunakan 65 kad kredit dalam 46 kali kunjungan untuk membeli-belah bagi membeli barangan seperti komputer riba, iPad dan cerut dari Disember 2010 hingga Januari tahun lepas.

Barangan itu kemudian dijual pada harga berjumlah A$117,634 (RM372,114) dan wang itu dipindahkan ke Malaysia.

Lim mengaku bersalah pada Rabu terhadap satu pertuduhan bersubahat dalam kes itu.

Dia dihukum penjara dua tahun dan sembilan bulan dan tidak dibenarkan untuk parol bagi tempoh 21 bulan.

Dua rakan Lim, Kenny Lim dan isterinya Sok, dihukum penjara pada November tahun lepas kerana peranan mereka dalam kes kad kredit palsu itu.

Kenny dihukum penjara tiga setengah tahun dengan tidak dibenarkan parol bagi tempoh dua setengah tahun manakala Sok dihukum penjara 18 bulan dengan tidak dibenarkan parol bagi tempoh sembilan bulan.

Ketiga-tiga mereka telah memindahkan lebih A$285,000 (RM901,545) ke Malaysia daripada penjualan barangan yang dibeli menggunakan kad kredit palsu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan