Rasuah: Bekas Eksekutif Akaun Pelanggan Alcatel Dipenjara Dan Didenda

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas eksekutif akaun pelanggan Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi suapan kepada Penolong Pengurus Perolehan, Telekom Malaysia Berhad.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut ke atas Radziah Ani, 51, mengikut Seksyen 10(a)(b)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Rozilah turut mengarahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM12,000 kepada RM15,000 dengan dua penjamin.

Beliau turut membenarkan tertuduh menjelaskan denda tersebut sehingga 8 Mac ini dan turut menetapkan hari yang sama sebagai tarikh sebutan.

Dalam penghakimannya, Rozilah berkata mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan hanya bersifat penafian semata-mata, tidak konsisten dan tidak munasabah.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan itu.

Radziah didakwa memberikan suapan dalam bentuk cek milik syarikat telekomunikasi antarabangsa berkenaan kepada Mohd Asri Idris, 42, bagi mendapatkan tender, "for the supply of Widerband Code Division Multiple Access (WDCMA) Mobile Communication System and the Provision of Works phase II".

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail antara 1 tengah hari hingga 2.30 petang pada 17 Feb 2006.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulqarnain Hassan manakala peguam Datuk Seri Muhammad Shafee mewakili tertuduh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan