Kes Saman Husam Musa Terhadap Blogger Ditangguh Isnin Depan

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penulis blog Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi di Kuantan, Khamis. - fotoBERNAMA
Penulis blog Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi di Kuantan, Khamis. - fotoBERNAMA

KUANTAN: Perbicaraan kes saman fitnah RM5 juta di Mahkamah Tinggi di sini Khamis oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap penulis blog Kickdefella berhubung penyiaran artikel didakwa berunsur fitnah ditangguhkan ke Isnin depan.

Hakim, Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah bersetuju dengan permohonan plaintif yang mahu menambah seorang lagi peguam iaitu Gobind Singh Deo yang akan mewakilinya pada perbicaraan itu.

Pada masa ini Husam selaku plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Pada 19 Disember lepas, Mariana menangguhkan perbicaraan kes itu kepada Khamis berikutan kedua-dua pihak gagal menemui penyelesaian di luar mahkamah.

Pada 19 September lepas, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi bagi menuntut ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran tiga artikel didakwa berunsur fitnah terhadap beliau yang disiarkan melalui blog defendan di kickdefella.wordpress.com antara Januari dan Julai tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan