Bersih 1.0: MP Padang Serai, Pekerja Bank Didenda RM6,000

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan dan pekerja sebuah bank, Muhd Harith Fatillah Shahabudin masing-masing didenda RM6,000 selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Gobalakrishnan, 53, dan Muhd Harith, 30, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Muhd Harith telah berada di sekitar tempat perhimpunan pada jangka masa yang lama sejak dia turun dari LRT Masjid Jamek sehingga dia ditangkap, manakala Gobalakrishnan hanya membuat penafian kosong semata-mata dan tidak ingat dengan jelas apa yang berlaku pada hari kejadian, walaupun video menunjukkan beliau terlibat," kata Jagjit Singh dalam penghakimannya.

Beliau menjatuhi hukuman denda RM3,000 bagi pertuduhan utama dan RM3,000 bagi pertuduhan pilihan.

Sementara itu, pada prosiding sama, mahkamah melepas dan membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan 11 yang lain selepas mendapati mereka tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan haram dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara 1 tengah hari dan 4 petang, 10 Nov 2007.

Turut didakwa melakukan kesalahan sama ialah Mohd Zad Abdullah, Mohd Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Harith Fathillah, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Shafie Ismail, Mohd Nazreen Mohd Nasir, Mohd Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman.

Bagi pertuduhan utama, mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pilihan pula mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM10,000.

Dalam penghakimannya, Jagjit Singh berkata mereka yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu berjaya menimbulkan keraguan munasabah selepas dipanggil membela diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad manakala peguam Jason Tay, S.Vijayaretnam dan Nasar Khan mewakili tertuduh. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan