Tujuh Rakyat Somalia Mengaku Tidak Bersalah Tembak Pasukan ATM

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh rakyat Somalia yang ditahan tentera Malaysia di Teluk Aden dua tahun lepas, pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal.

Ahmed Othman Jamal, 27, Abdil Eid Hasan, 22, dan lima lagi remaja bawah umur didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan kepada anggota ATM di atas Kapal Bunga Laurel di koordinat Latitud 20'14.73N Longitud 063'39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 malam hingga 10 malam, 20 Januari 2011.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas manakala pembelaan diketuai peguam Amrit Pal Singh.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 2 hingga 13 September depan untuk perbicaraan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan