Mahkamah Tinggi Ketepi Perintah Bayar Tunggakan Bonus Untuk Wartawan Utusan

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengetepikan keputusan Mahkamah Perusahaan yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada wartawannya bagi 2009.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman Utusan Melayu terhadap keputusan Presiden Mahkamah Perusahaan Susila Sithamparam pada 24 Mei 2011.

Selain itu, Zaleha memerintahkan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ), yang dinamakan sebagai responden, membayar kos RM5,000.

Dalam penghakimannya, beliau berkata Mahkamah Perusahaan terkhilaf ketika membuat keputusan berhubung keuntungan yang diperoleh syarikat itu.

Susila memutuskan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada 2009, dan dalam penyata beraudit 2009, syarikat itu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121 juta.

NUJ membawa kes itu ke Mahkamah Perusahaan pada 23 Mac 2010 apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada wartawan untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Disember 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia tersebut mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.

NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 September 2006, yang ditandatangani NUJ dan Utusan Melayu.

Utusan Melayu pula memfail semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan dan permohonan itu dibenar Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2011.

Peguam M. Ravindra mewakili NUJ manakala peguam S. Rutheran bagi pihak Utusan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan