Wanita Dalam Pantang Dipenjara Dua Bulan Tawar Khidmat Seks

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dalam tempoh berpantang pada Selasa dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Ahad lepas.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini Hussin, 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Februari lepas.

Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P.Ravidran, 50, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini pada 8.05 malam pada tarikh tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Rosmalini yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia hanya seorang suri rumah dan masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan yang lepas.

Dia juga mempunyai empat lagi anak yang berumur antara 2 tahun hingga 10 tahun manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Zuraimi Kamarozzaman. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan