Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Lebih RM12,000

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah iaitu menggunakan wang restoran lebih RM12,000 untuk tujuan peribadi, lima hari lepas.

Lian Nyuk Kim, 24, dari Sandakan, Sabah didakwa menggunakan wang hasil perniagaan Restoran Lammeeya sebanyak RM12,652,40 semasa bertugas dan wang itu sepatutnya dimasuk ke dalam akaun restoran berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis restoran tersebut di Solaris Dutamas, Sentul pada 12.08 pagi, 21 Feb lepas mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan sebatan, dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan Lian diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan seminggu sekali.

Mahkamah menetapkan 29 Mac untuk sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam V.Sri Kumar. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan