Mahkamah Tetapkan 12 Mac Bicara Kes Rompak Cip Mikro

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 12, 16 dan 18 Mac ini untuk perbicaraan kes mencuri cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM22 juta milik sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai, Bukit Tengah di sini.

Hakim Nabishah Ibrahim menetapkan tarikh itu setelah mendapat persetujuan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada sebutan kes itu pada Selasa.

Kelima-lima tertuduh ialah R. Thurai, 27, A. Jaykumar, 23, S. Somasundram, 24, G. Hari Khirusnan, 25, dan K. Kharunai Karan, 27.

Mereka didakwa mencuri 268 kotak cip mikro CPU milik syarikat Moduslink Sdn Bhd di Lorong Perusahaan Maju 8, Kawasan Perusahaan Perai pada 2.26 pagi, 7 Oktober 2012.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim.

Peguam R. Nagaratnam mewakili Thurai, T. Tamirulselvan mewakili Jaykumar dan Somasundram, S. Jaya Raj mewakili Hari Khirusnan dan Y. Yogeswaran mewakili Kharunai Karan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan