Kes Annuar Musa Saman FAM Akan Diputuskan 5 April

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 5 April ini untuk membuat keputusan terhadap saman pemula yang difailkan Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hakim Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata hari ini (Selasa) sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran kes itu tetapi pihak defendan memohon penangguhan atas alasan belum memfailkan hujahan bertulis.

Beliau berkata defendan juga memohon penangguhan kerana telah memfailkan permohonan di bawah Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mahkamah memutuskan persoalan undang-undang.

"Pihak kami membantah penangguhan itu kerana arahan mahkamah untuk mengemukakan hujahan bertulis sudah lama tetapi mereka tidak berbuat demikian dan mereka sepatutnya memfailkannya Jumaat lepas.

"Kami juga membantah kerana mahkamah telah menetapkan hari ini untuk pendengaran kes tetapi mereka failkan permohonan terlalu lewat iaitu semalam," katanya.

Yusfarizal berkata Hadhariah membenarkan kes ditangguhkan sehingga 26 Mac ini dan pada tarikh sama mahkamah akan mendengar permohonan yang difailkan oleh pihak defendan itu.

Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan defendan memfailkan hujahan bertulis dalam masa tiga minggu dan menetapkan 5 April ini untuk keputusan.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhi terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Beliau berkata Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang akan mewakili beliau.

Sedangkan, katanya, Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya ialah pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan jawatan lain serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak.

Pada 4 April 2012, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan