Prosiding Inkues Kematian William Yau Pada 11-12 Mac

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Inkues ke atas kematian William Yau akan berjalan selama dua hari bermula 11 Mac.

Koroner Mohd Hezri Shaharil menetapkan tempoh dua hari itu di Mahkamah Koroner di sini selepas ibu bapa William, Yau Kok Kang dan Goh Ying Ying, muncul untuk sebutan kes pada Isnin.

Apabila ditanya di mahkamah sama ada mereka akan melantik seorang peguam, mereka berkata tidak.

"Jika ia tidak perlu, kami tidak akan mendapatkan khidmat seorang peguam," kata Kok Kang.

Mohd Hezri juga mengingatkan bahawa matlamat tunggal inkues untuk mengetahui bagaimana William meninggal dunia.

"Ini bukan perbicaraan. Kami hanya mahu mengetahui punca kematian.

"Kami tidak berada di sini untuk mengenakan tindakan kepada sesiapa atau untuk menghukum mereka," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt juga memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menyediakan kira-kira 30 saksi, dan akan dimulakan dengan pegawai polis yang menyiasat dan ibu bapa William.

Ibu bapa William nampak kecewa sebaik tiba di mahkamah, sambil kedua-duanya memakai topeng pembedahan dan berpegangan tangan. Mereka enggan bercakap kepada pemberita.

William berusia enam tahun telah dilaporkan hilang pada malam 16 Januari apabila dia dikatakan meninggalkan kereta milik keluarganya sementara menunggu ibu bapanya di kedai elektrik di Putra Heights.

Selepas usaha menjejakinya dilakukan di seluruh negara, mayatnya ditemui pada 24 Januari dalam keadaan terapung berhampiran jeti sungai di Pelabuhan Klang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan