Bicara Kes Cabul Bekas Pegawai Daerah SPT 1 April

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Roslan Yahaya, 51, keluar dari Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam, Isnin, selepas mahkamah menetapkan 1 April ini sebagai tarikh perbicaraan atas tuduhan mencabul kehormatan seorang staf wanita di pejabat daerah itu pada 25 April 2010. 
Roslan didakwa mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. 
-fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 1 April depan perbicaraan kes bekas pegawai daerah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) yang dituduh mencabul seorang staf wanita di pejabat daerah itu, hampir tiga tahun lepas.

Majistret Arif Mohamad Shariff menetapkan tarikh itu setelah mendapat persetujuan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan.

Roslan Yahaya, 51, dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang staf wanita berumur 29 tahun dengan niat mencabul kehormatannya di pejabat pegawai dan daerah SPT di sini antara 11 pagi hingga 1.10 tengah hari, 25 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman manakala Roslan yang kini bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di George Town diwakili peguam S. Anthonysamy. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan