Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bersenjata Parang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan terhadap seorang jurutera bersenjatakan sebilah parang, bulan lalu.

B. Ramesh Bala, 37, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Lim Bun Vee, 31, dengan merompak sebuah beg duit yang mengandungi barangan milik mangsa bernilai RM1,000 di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di hadapan Jalan USJ 10/1C, Subang Jaya, pada 7.45 pagi, 31 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan terhadap tertuduh.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili tertuduh memohon kepada mahkamah supaya jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia dan menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga selesai kes.

Mahkamah menetapkan 22 Mac untuk sebutan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan