Pembantu Kafeteria Didakwa Terlibat Galakkan Keganasan

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kafeteria pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini terhadap tuduhan bersubahat menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, tahun lepas.

Muhammad Hilmi Hasim, 33, yang merupakan pekerja kepada bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, 49, didakwa bersubahat dengan Yazid bagi menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Muhammad Hilmi ditahan bersama majikannya Yazid di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini pada 7 Februari lepas.

Barisan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusoff dan Mohd Dusuki Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam New Sin Yew.

Majistret Zulyana Zulkapli yang mendengar kes tersebut membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan