Kes Bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9 Pindah Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis memindahkan perbicaraan kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas kes itu disebut semula hari ini.

Norazman Bashah, 32, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan