Pekerja Kafe Fail Habeas Corpus Berhubung Penahanan di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Seorang pembantu kedai yang ditahan bersama Yazid Sufaat, yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan, Muhammad Hilmi Hasim hari ini memfailkan habeas corpus untuk dibebaskan daripada tahanan polis.

Muhammad Hilmi, 33, memfailkan permohonan tersebut menerusi ibu angkatnya Rahamah Abdul Majid, 58, melalui Tetuan Zatul, Hida & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Pemohon menamakan Warden Pusat Tahanan Reman, Jinjang dan Ketua Polis Negara sebagai responden.

Menerusi afidavit sokongan, Muhammad Hilmi mendakwa beliau ditahan secara salah dan haknya di bawah Fasal 5(3) Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli.

Pemohon juga mendakwa pihak polis menafikan hak untuk mendapatkan konsultasi peguam pilihannya semasa tangkapan sehingga kini tanpa sebab munasabah.

Muhammad Hilmi juga mendakwa beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tetapi tidak dituduh di mahkamah seperti mana dua lagi tahanan iaitu Yazid dan Halimah Hussein.

Keduanya dituduh atas dakwaan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria di Mahkamah Majistret Ampang 8 Februari lalu.

Selain itu, Muhammad Hilmi juga mendakwa keengganan pihak polis menuduhnya di mahkamah juga menunjukkan polis tidak mempunyai alasan untuk mempercayai beliau terlibat dengan kesalahan keselamatan.

Sementara itu, menerusi afidavit sokongan yang sama Rahamah mendakwa beliau dibenar bertemu dengan pemohon pada 15 Feb lalu, pada 11 pagi di pusat tahanan reman Jinjang tanpa ditemani peguam selama 15 minit. Katanya sebelum bertemu Muhammad Hilmi, seorang anggota polis memberitahu bahawa pihak polis mempunyai maklumat yang menunjukkan Yazid merancang untuk menghantar anaknya ke selatan Filipina untuk kegiatan keganasan.

Yazid merancang untuk menghantar anaknya ke selatan Filipina untuk kegiatan keganasan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan