Kadir Sheikh Fadzir Fail Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman Untuk Arah ROS Daftar Ikatan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mengarahkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendaftarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Abdul Kadir, yang merupakan pengasas IKATAN, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kesavan.

Afidavit sokongan Abdul Kadir mendakwa pihaknya menyerahkan Borang Pendaftar bagi mendaftar parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 6 Jun tahun lepas.

Beliau mendakwa telah beberapa kali berjumpa dengan pegawai pejabat pendaftar bagi memastikan semua kertascara adalah teratur dan lengkap, bagaimanapun tidak menerima sebarang jawapan berhubung status permohonannya itu selepas tiga bulan.

Abdul Kadir berkata pada 15 Januari lepas, peguamnya menghantar sepucuk surat bagi mendapatkan status terkini pendaftaran IKATAN namun masih tidak menerima apa-apa jawapan.

Dakwanya dua hari selepas itu, beliau sendiri telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk merayu agar permohonan tersebut diluluskan segera, namun masih gagal.

Abdul Kadir mendakwa beliau percaya responden telah bertindak secara ultra vires dan bertentangan dengan prosedur undang-undang kerana gagal memberi jawapan terhadap permohonannya itu.

Beliau juga mendakwa responden gagal menggunakan kuasa budi bicara untuk memproses pendaftaran IKATAN mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 bagi meluluskan permohonannya.

Peguam Murnie Hidayah Anuar, yang mewakili Abdul Kadir, berkata pihaknya akan menyerahkan permohonan itu kepada responden (ROS) minggu depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan