Bekas Pengurus Kanan Majuikan Sdn Bhd Bebas Tuduhan Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas pengurus kanan pemasaran dan jualan Majuikan Sdn Bhd, Mohd Khairuddin Abu Bakar daripada pertuduhan menggunakan dokumen cagaran palsu.

Hakim Rosenani Abd Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mohd Khairuddin, 56, dan Gazali Rashid (yang sudah meninggal dunia), didakwa menggunakan tiga dokumen cagaran palsu iaitu sekeping 'Resolusi Lembaga Pengarah Majuikan Sdn Bhd' bertarikh 14 Februari 2006, sekeping 'Promissory Note Malaysian Seabest Sdn Bhd' dan sekeping surat iringan yang kedua-duanya bertarikh 1 Mac 2006 untuk menipu sebuah bank Amerika Syarikat membabitkan wang 10 juta euro (RM40.35 juta).

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No 22, Tingkat 33, Jalan 4/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, Cheras, antara 14 Feb dan 22 Mac 2006.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mei tahun lepas Mohd Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menipu sebuah bank Amerika Syarikat membabitkan wang 10 juta euro(RM40.35 juta).

Mohd Khairuddin dan Gazali didakwa menipu Naib Presiden Bank HSBC USA, New York, Stephen Ferrera, dengan memperdayakannya untuk mempercayai Majuikan bersetuju menjadi penjamin terhadap permohonan pinjaman 10 juta euro oleh Malaysian Seabest Sdn Bhd.

Penipuan tersebut mendorong pihak Bank HSBC membuat pembayaran sebanyak 10 juta euro kepada Malaysian Seabest.

Majuikan adalah anak syarikat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sepanjang perbicaraan yang bermula 9 Mei 2011, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya C.Vignesh Kumar mengemukakan 25 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi.

Mohd Khairuddin diwakili peguam Shamsul Sulaiman dan Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan