Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Rompak, Cederakan Juruwang

Diterbitkan: Khamis, 14 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan satu pertuduhan mencederakan seorang juruwang, bulan lepas.

Suhaidi Noor Azlan, 26, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak beg tangan mengandungi dompet, kad pengenalan, lesen memandu, tiga keping kad ATM, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM3,500 milik akauntan, June Lee Sze Yin, 29.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan bersenjatakan parang di Jalan Rukun 8, Happy Garden di sini pada 8 pagi, 18 Jan lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Suhaidi bersama beberapa orang yang masih bebas turut didakwa mendatangkan kecederaan ketika melakukan rompakan berkumpulan terhadap juruwang, Lee Yoke Lan, 36, dengan mengambil beg tangan yang mengandungi wang tunai RM200, dokumen penting dan sebuah telefon bimbit di tempat letak kereta Jalan 5/125 Salak Selatan Baru, Cheras pada 8.30 pagi, 21 Januari lepas.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Suhaidi dan rakannya Wan Mohammad Syafiq Wan Ismail juga menghadapi pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pembantu akaun di Jalan 2/116D, Kuchai Entreprenuer's Park Off, Jalan Kuchai Lama pada 8.20 pagi, 18 Januari lepas.

Suhaidi dan penghantar surat, Wan Mohammad, 23, bersama dua orang yang masih bebas didakwa merompak beg tangan yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, dua keping kad ATM, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM1,000 milik Yeap Yee Fong Yvonne, 26.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan Suhaidi dan Wan Mohammad, masing-masing diikat jamin RM30,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan kedua-dua tertuduh melantik peguam bela.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan