Pelatih Puspen Didakwa Bunuh Rakan Tahanan - Berita Mahkamah | mStar

Pelatih Puspen Didakwa Bunuh Rakan Tahanan

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kuantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan membunuh rakan tahanan pusat itu awal bulan ini.

Mohd Faizal Mohd Yusof, 33, berasal dari Kemaman, Terengganu didakwa membunuh Mohd Wiraliezyaan Ambiah, 31, di bilik tahanan Blok A, Puspen Kuantan, pada pukul 7.50 malam, 3 Februari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret, Tuan Ruzuaini Tuan Lah menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan