Bekas Pengarah Syarikat Pelaburan Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah yang mengusahakan syarikat pelaburan berasaskan rumpai laut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini Rabu atas dua pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Choi Kok Peng, 48, didakwa membantu syarikat AK United Sdn Bhd menerima deposit daripada orang ranmai tanpa memegang lesen yang sah mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Aras 2 & 4, Wisma Dinari, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, di sini, antara Oktober 2007 hingga November 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta BAFIA 1989 yang memperuntukkan hukuman denda maksium RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pertuduhan tidak menyatakan jumlah wang yang dikatakan diterima daripada pendeposit.

Pegawai Pendakwa Mohd Shukri Ahmad Mansor dari Bank Negara Malaysia (BNM) membantah jaminan diberikan kepada tertuduh dengan alasan Choi berisiko akan melarikan diri selepas berbuat demikian dua tahun lepas selepas tiga hari keterangan diambil oleh pihak polis.

Peguam M. Edmund, yang mewakili Chou, bagaimanapun, berkata anak guamnya dibenarkan dijamin kerana kes tersebut berkait rapat dengan kes yang sama pada 9 Jun 2011 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh.

Hakim Azwarnida Affandi memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula. -- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan