Bekas Chef Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas chef terselamat daripada hukuman gantung hari ini selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman bunuh dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara dua tahun selepas pertuduhan dikurangkan apabila peguam belanya berjaya membuktikan percanggahan dalam eksibit yang dikemukakan di mahkamah berhubung empat pertuduhan dadah terhadapnya.

Bagaimanapun, mahkamah mengembalikan hukuman tujuh sebatan dikenakan ke atas

Tue Siang Hoe oleh Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada Mac 2010 atas dua daripada tiga pertuduhan memiliki dadah ke atas tertuduh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah bagi pertuduhan ketiga mengedar ketamin seberat kira-kira 1.9kilogram di Pangsapuri Emas, Jalan Sakeh, Muar, pada kira-kira 1.10 tengah hari, 19 Sept, 2006.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara dua ke tiga tahun dan tujuh sebatan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah pada masa dan tempat yang sama.

Pada Nov 2011, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Tue, 43, dikecualikan daripada sebatan mengikut Seksyen 289(b) Kanun Prosedur Jenayah di mana mereka yang menghadapi hukuman mati dikecualikan daripada sebatan.

Pada Rabu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai lima hakim yang bersidang dalam keputusan sebulat suara bersetuju bahawa percanggahan dalam testimoni pegawai penyiasat, pegawai serbuan dan ahli kimia, terutama berhubung jumlah pil, warna dadah yang dirampas dan penandaan eksibit.

Panel hakim lain adalah Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datin Paduka Zaleha Zahari.

"Kami bersetuju dengan hujah peguam bela perayu bahawa pihak pendakwaan gagal mematuhi Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 bahawa terdapat rangkaian keterangan yang terputus," kata Zulkefli.

Panel hakim juga menyoal Timbalan Pendakwa Raya Saiful Idris Zainuddin utuk mempertimbang mengurangkan pertuduhan terhadap Tue mengikut Seksyen 12(3) atas pemilikan dadah yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Selepas perbicaraan berhenti rehat seketika, Saiful bersetuju dengan cadangan panel hakim.

Zulkefli menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas Tue selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman berkuat kuasa Rabu.

Semasa prosiding hari ini, Tue diwakili Hisyam Teh Poh Teik dan Affifudin Hafifi. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan