Penahanan Salah, Perintah Sekatan: Anggota Polis Dapat Pampasan Hampir RM1 Juta - Berita Mahkamah | mStar

Penahanan Salah, Perintah Sekatan: Anggota Polis Dapat Pampasan Hampir RM1 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang anggota polis dibayar ganti rugi hampir RM1 juta kerana penahanan salah dan perintah sekatan selepas membenarkan samannya terhadap sebuah pusat tahanan dan empat lagi.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membuat keputusan itu dalam kamar.

Peguam Ebrina Zubir memaklumkan pemberita bahawa mahkamah memerintahkan anak guamnya, Koperal S.Selvakumar, 32, diberi pampasan sebanyak RM779,500 bagi penahanan salah dan perintah sekatan, serta RM50,000 dan RM150,000 masing-masing sebagai ganti rugi teruk dan teladan.

Beliau berkata ganti rugi adalah untuk penahanan selama 826 hari di pelbagai balai polis dan perintah sekatan di Pusat Tahanan Simpang Renggam antara 26 Julai 2004 dan 28 Oktober 2006.

Selvakumar, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkata beliau amat gembira dengan keputusan itu selepas sembilan tahun berjuang menuntut keadilan.

Pada 10 Jun 2009, Selvakumar memfailkan saman itu dengan menamakan penguasa pusat tahanan Simpang Renggam, Cif Inspektor cawangan D7 Seremban S.Vijeyan, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan, Selvakumar berkata pada 16 Februari 2003, beliau ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki terlibat dalam satu rompakan di Ipoh, Perak sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Selvakumar berkata pada April 2004, pendakwaan memohon satu perintah untuk melepas tanpa membebaskannya, namun ketika kes itu masih berjalan, dia sekali lagi ditahan untuk siasatan berhubung satu rompakan membabitkan RM1 juta di Seremban.

Selvakumar berkata polis tidak mempunyai sebarang bukti serta tidak boleh mengaitkannya dengan rompakan di Seremban, dan sehubungan itu, beliau telah dibawa, ditahan serta dikenakan perintah sekatan di pelbagai balai polis serta Pusat Tahanan Simpang Renggam.

Beliau kemudian dibebaskan pada 28 November 2006 dan kembali bertugas dalam pasukan polis pada 1 November tahun yang sama.

Penyataan pembelaan defendan pula mendakwa tindakan mereka adalah mengikut lunas undang-undang. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan