Rogol: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 16 Tahun, 10 Sebatan Terhadap Buruh

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan rotan terhadap seorang buruh yang merogol adik ipar bawah umur di ladang getah pada 2008.

Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 34 tahun itu terhadap sabitan, hukuman penjara dan sebatan.

Tan berkata selepas meneliti keterangan mangsa, mahkamah yakin terdapat bukti jelas berlaku penembusan.

Beliau berkata mahkamah tidak ditunjukkan sebarang alasan mengapa ia harus mengubah keputusan Mahkamah Sesyen justeru mahkamah tidak dapat mencari sebarang sebab untuk mengganggu keputusan itu.

Ketika menolak rayuan lelaki itu terhadap hukumannya, Tan berkata hukuman penjara dan sebatan yang diputuskan Mahkamah Sesyen tidak keterlaluan.

"Kami tidak boleh mengambil peranan mahkamah yang menjatuhkan hukuman. Selagi hukuman itu tidak keterlaluan, ia bukanlah fungsi Mahkamah Rayuan untuk mengganggu hukuman yang diputuskan mahkamah rendah," kata Tan yang mengetuai panel itu bersama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki dan Datuk Mah Weng Kwai.

Pada 27 Januari 2011, Mahkamah Sesyen Sungai Petani mendapati tertuduh bersalah merogol mangsa, yang ketika itu berusia 15 tahun satu bulan, di ladang getah di daerah Kuala Muda, Kedah antara 1.30 tengah hari dan 4 petang pada 7 November 2008.

Mahkamah Sesyen mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan rotan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 November 2008.

Pada 3 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuan lelaki itu terhadap sabitan dan hukuman.

Berdasarkan fakta kes mangsa membonceng motosikal yang ditunggang tertuduh selepas gadis itu diminta mengikutnya ke pusat membeli-belah tetapi sebaliknya tertuduh membawa mangsa ke ladang getah sebaik hujan mulai turun.

Peguam K.T.Jayaraj yang dilantik Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan cawangan Kedah mewakili tertuduh, dalam hujahannya mempertikaikan sama ada berlaku hubungan seks kerana beliau berkata tiada bukti jelas menunjukkan ia berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya Munahyza Mustapha berkata mangsa yang memberi keterangan bahawa terdapat penembusan, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan