Rayuan Warga Emas Ditolak, Hukuman Penjara Ditambah

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang warga emas berusia 62 tahun menjalani hukuman penjara berjumlah 20 tahun secara berasingan bagi kesalahan melakukan seks di luar tabie terhadap dua beradik berumur lima dan tujuh tahun, yang berada di bawah jagaan isterinya.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Radzi Ahmad terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 14 Februari 2011.

Dalam penghakimannya, Nurchaya berkata keputusan itu berasaskan kepada sabitan yang dicapai Mahkamah Sesyen, yang tidak sama sekali terkhilaf di sisi undang-undang.

"Setelah mengambil kira fakta, kepentingan awam dan jenis kesalahan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan pertama dan 10 tahun penjara bagi kesalahan kedua. Kedua-dua kesalahan itu hendaklah berjalan secara berasingan," katanya.

Mohd Radzi didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa tanpa kerelaan mereka di sebuah rumah di Kampung Nakhoda Kanan, Batu Caves, Gombak antara 6.30 pagi dan 6.30 petang, antara 14 April 2008 hingga 26 Mei 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut keterangan kes, Mohd Radzi merupakan suami pengasuh kanak-kanak malang itu.

Pemeriksaan doktor pada 27 Mei 2008 mendapati ada kesan koyakan lama pada selaput dara kedua-dua mangsa dan tertuduh kemudian ditahan sehari kemudian.

Hakim Mahkamah Sesyen Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan pertama yang dilakukan ke atas mangsa berumur tujuh tahun, dan 10 tahun penjara bagi kesalahan kedua yang membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Hasbi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak. Mohd Radzi diwakili peguam P.Sutheswary manakala Timbalan Pendakwa Raya Fazilah Begum Abdul Ghani hadir bagi pihak pendakwaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan