Kes Dakwaan Bunuh Babitkan Perogol Bersiri Disebut Semula 20 Mac Depan

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 20 Mac depan bagi sebutan semula kes seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 115 tahun penjara dan 50 sebatan atas kesalahan merogol dan melakukan seks luar tabie, atas dakwaan merogol dan membunuh seorang gadis.

Tertuduh, Rabidin Satir, 42, sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah berkenaan pada 12 Disember tahun lalu atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, di sini, pada 7 Mac 2009 antara pukul 11.30 malam dan 1.50 petang, 8 Mac 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh yang keturunan Dusun itu didakwa mengikut Seksyen 376(4) akta sama iaitu merogol mangsa sehingga menyebabkan berlaku kematian di tempat dan masa sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan minimm 10 sebatan.

Majistret Nurliana Ismail menetapkan tarikh sebutan semula itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir bahawa kes itu masih diteliti Jabatan Peguam Negara untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh.

Selasa lepas, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman 115 tahun dan 50 sebatan terhadap Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah, selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabie. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan