Jabatan Peguam Negara Pohon Jadi Pencelah Dalam Saman AES

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menjadi pencelah dalam kes saman bagi mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) membuka dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam kawasan perbandaran itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusuf menetapkan 13 Februari untuk membuat keputusan terhadap permohonan itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak di dalam kamarnya pada Khamis.

Pada 12 Disember lepas, pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman berhubung keputusan MPS dan kemudiannya memperoleh kebenaran itu di Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.

Peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili MPS memberitahu pemberita AGC berhujah bahawa permohonan itu difailkan memandangkan kes berkenaan mempunyai kepentingan awam.

Gobind berkata hujah beliau pula ialah AGC tidak mempunyai locus standi kerana gagal menunjukkan bahawa ia mempunyai kepentingan langsung dalam perkara itu.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu, Beta Tegap berkata MPS, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov tahun lepas, memutuskan syarikat itu perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Km301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan di Km6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang.

MPS, menerusi surat bertarikh 6 Disember, mengarahkan syarikat itu supaya menutup kamera AES dalam tempoh 14 hari notis.

Beta Tegap yang diwakili Kevin Jeyakumar menamakan MPS selaku responden tunggal.

Syarikat itu memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MPS dan pengisytiharan bahawa MPS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kedua-dua lebuh raya itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan