Bekas Petugas JPJ Dapat Semula Jawatan Pemeriksa Kereta Motor, Tunggakan Gaji

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas petugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh semula jawatan sebagai pemeriksa kereta motor serta tunggakan gaji selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan lembaga disiplin jabatan itu yang menamatkan perkhidmatannya pada 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara membenarkan rayuan Zaini Aman terhadap perintah Mahkamah Tinggi Melaka yang menolak semakan kehakimannya bagi mengetepikan keputusan lembaga disiplin itu.

Zaini, 54, mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya pada 31 Mac 2011.

Panel Mahkamah Rayuan turut dianggotai Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah Ali.

Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata rayuan Zaini mempunyai merit dan memerintahkan kos perundangan sebanyak RM10,000 dibayar kepada perayu.

Terdahulu, peguam J. Amardas yang mewakili Zaini berkata butiran dalam pertuduhan adalah tidak mencukupi untuk dijawab anak guamnya.

"Tidak ada tarikh dan bagaimana kesalahan itu didakwa dilakukan," katanya.

Zaini didakwa menyalahgunakan kedudukannya dengan mendedahkan maklumat kepada sebuah syarikat pengangkutan Kargo Tumpatan Sdn Bhd berhubung operasi JPJ bagi menghalang pegawai penguatkuasa jabatan itu di Melaka menyaman atau mengambil tindakan lain ke atas kenderaan syarikat tersebut kerana kesalahan membawa muatan lebih.

Pada 28 Ogos 2007, lembaga disiplin JPJ mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zaini, dan perkhidmatannya ditamatkan 14 bulan kemudian selepas lembaga itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Zaini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan lembaga itu dan menuntut pengembalian kedudukan jawatan serta tunggakan gaji. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan