Saman Ambiga: Mahkamah Tetapkan 15-18 Julai - Berita Mahkamah | mStar

Saman Ambiga: Mahkamah Tetapkan 15-18 Julai

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 15 hingga 18 Julai sebagai tarikh perbicaraan saman kerajaan terhadap pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga dan 14 yang lain berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh itu selepas bertemu plaintif (kerajaan) dan defendan di dalam kamar berhubung sejumlah dokumen dan bilangan saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata plaintif akan memanggil 18 saksi, kebanyakannya anggota polis manakala defendan dijangka memanggil 17 saksi.

O'Hara juga menetapkan 5 Julai bagi kedua belah pihak mengemukakan kenyataan saksi masing-masing sebelum perbicaraan bermula.

Kerajaan memfailkan saman pada 15 Mei terhadap 10 defendan, iaitu Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, K. Arumugam, S. Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon, Andrew Khoo dan Haris Fathillah Mohamed.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos, ia menggugurkan nama Haris Fathillah Mohamed atas alasan dia bukan anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.

Pada 18 Sept, O'Hara membenarkan enam lagi anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 untuk menjadi pencelah dalam saman itu. Kerajaan menuntut pampasan khas berjumlah RM122,000 sebagai kos untuk memperbaiki kerosakan kenderaan polis, kos-kos lain, faedah dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ia juga menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan, sebagai penganjur perhimpunan Bersih 3.0, telah melanggar Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, di mana mereka bertanggungjawab antara lain, memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan merosakkan harta benda awam.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan juga menyebut bahawa perhimpunan sekitar Dataran Merdeka menjadi tidak terkawal apabila para peserta merempuh halangan polis.

Ia juga menyebut pada hari berkenaan, polis yang ditempatkan di sekitar kawasan bagi memastikan peserta perhimpunan tidak melanggar arahan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret pada 26 April, yang melarang satu perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka dan bagi orang awam supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan antara 28 April dan 1 Mei tahun lepas. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan