Enam Wanita Malaysia Didakwa Bekerja Sebagai 'Hamba Seks'

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes "perhambaan seks", mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.

Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Wong yang juga dikenali sebagai 'Yoko', mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.

Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.

Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus - berjumlah kira-kira A$5,000.

"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.

"Mereka diberitahu yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah pelacuran itu sehingga mereka melangsaikan hutang mereka".

"Walaupun wanita itu telah selesai membayar hutang mereka selepas "tempoh singkat", Wong didakwa megugut akan membatalkan visa mereka jika mereka meninggalkan tempat itu.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wong, Bruce Quinn, berkata dia "wanita baik" dan hanya bekerja di rumah pelacuran itu sebagai penyambut tetamu.

Beliau berkata perkara itu merupakan "pertikaian perusahaan" dan sengaja ditimbulkan supaya wanita berkenaan boleh tinggal di Australia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Deborah Sweeney bersambung. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan