Bekas Menantu Menteri Didenda RM600 Bersubahat Nikah Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas menantu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman Shah didenda RM600 atau penjara enam hari jika gagal membayar denda, terhadap pertuduhan bersubahat bernikah tanpa kebenaran tujuh tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Rendah Syariah Asrul Azlan Embong pada 30 Jan lalu selepas Dr Raja Badrul Hisham, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Kanan, Salehan Md Yatim memfailkan notis rayuan berhubung hukuman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini pada Isnin.

Salehan memberitahu pemberita pihaknya berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Dr Raja Badrul Hisham didakwa bernikah dengan Faizah Sidi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah-wilayah Persekutuan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 133 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 kerana bersubahat dengan pasangannya, yang boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Faizah didenda RM500 atau penjara lima hari jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bernikah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, mengikut Seksyen 40(2) akta sama.

Dr Raja Badrul Hisham dan Faizah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Seri Permaisuri Cheras di sini pada 7 April 2006.

Kedua-dua mereka membayar denda itu.

Dr Raja Badrul Hisham menceraikan Malini Rais pada 10 Ogos 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan