Tukang Masak Diarah Bela Diri - Berita Mahkamah | mStar

Tukang Masak Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang tukang masak membela diri atas tiga pertuduhan iaitu menceroboh, menyamun dan merogol mangsa, lima bulan lepas.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yusouf Mohd Haflan, 28.

Mahkamah menetapkan tiga hari mulai 25 Februari depan bagi prosiding bela diri.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Yusouf didakwa bersama dua lagi yang masih bebas menceroboh sebuah premis dan menyamun seorang pekerja butik antara 3 pagi hingga 11 malam, 31 Julai 2011.

Dia juga didakwa merogol mangsa pada 4 pagi di tempat dan tarikh yang sama.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memanggil seramai 12 saksi untuk memberi keterangan.

Yusouf diwakili peguam Abdul Rashid Tasin. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan