Pekerja Internet Bebas Tuduhan Bakar Pintu Rumah Pengarah Syarikat

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pusat internet dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu daripada tuduhan melakukan khianat dengan membakar pintu sebuah rumah pengarah syarikat, tahun lepas.

Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap Mohd Abu Barzah Ahmad Zakki, 29, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika membuat keputusan itu, Nurul’Ain berkata keterangan tertuduh yang menyatakan dia berada di tempat kerja pada masa kejadian merupakan fakta yang benar.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Abu Barzah didakwa melakukan khianat dengan cara membakar pintu rumah milik Ahmad Shahrizal Ya Shak, 34, menyebabkan kerugian RM50 di Seksyen 4, Wangsa Maju dekat sini pada 8.30 pagi, 28 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni manakala tertuduh diwakili peguam Wan Mohd Shamril Afzam Mohamed Hasim. -- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan