Pedagang Kanak-Kanak: Dua Tertuduh Bayar Jaminan RM100,000

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dua daripada lima tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 25 Januari lepas atas dakwaan memperdagang kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi membayar wang jaminan masing-masing RM50,000 dengan seorang penjamin pada Rabu.

Tertuduh Lim Soo Chin, 52, yang menghadapi satu tuduhan manakala D.C. Chin, 57, berdepan enam pertuduhan, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Kedua-dua wanita itu bersama dua lagi wanita dan seorang lelaki iaitu Ooi Ah Imm, 47, Lim Choon Liang, 63, dan Bahtiar Abas, 51, didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 607) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di Taiping, Pantai Remis, dan Ipoh, Perak; Juru dan Teluk Kumbar, Pulau Pinang; serta Lunas di Kedah antara 28 Disember 2009 hingga 16 Jan lepas.

Mahkamah menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pada 24 Januari lepas, polis Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri itu, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awal Disember 2012, dan antaranya ialah penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.

Siasatan awal polis mendapati bayi dan kanak-kanak itu dijual dengan harga antara RM18,000 dan RM30,000 berdasarkan fizikal, rupa paras dan jantina, lengkap dengan pakej dokumen pendaftaran serta perubatan.

Sindiket yang aktif sejak 2009 itu juga didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka.

Semalam Mahkamah Majistret Bukit Mertajam melanjutkan tempoh perintah reman selama tujuh hari terhadap dua wanita dan seorang lelaki yang ditahan kerana terlibat dengan sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan