Dua Beradik Dipenjara 16 Tahun Bunuh Rakan

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua beradik dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka pada 2011.

Tertuduh Mohamad Razif Arshad, 27, dan adiknya Mohamad Rafik Arshad, 21, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap Mohd Amran Ramli yang berusia 21 tahun semasa kejadian, di Jalan Lobak 15, Taman Lobak Indah di Lunas, Kulim, pada 8.30 malam 29 Julai 2011.

Mereka didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum ini, dua beradik yang bekerja kilang itu didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap, 29 Julai 2011.

Dalam penghakimannya beliau berkata hukuman itu diputuskan selepas mempertimbangkan faktor paling utama iaitu kepentingan awam.

"Pengakuan seseorang terhadap sesuatu pertuduhan juga adalah faktor mitigasi yang baik dan rekod lampau yang bersih juga wujud mitigasi yang wajar dipertimbangkan," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hashim. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan