Rompak Pembantu Rumah: Penganggur Didakwa Empat Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Rompak Pembantu Rumah: Penganggur Didakwa Empat Tahun

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini, Selasa atas pertuduhan merompak seorang pembantu rumah tiga bulan lepas.

Hakim Chan Jit Li menjatuhi hukuman itu terhadap Md Nurulazman Saliholdin, 39, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Chan memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tangkapan pada 13 November tahun lepas.

Md Nurulazman bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap Intan, 30, dari Indonesia.

Mereka merompak pelbagai jenis barangan milik majikan Intan termasuk seutas jam tangan jenama Rolex dan barangan kemas di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang pada 5.30 petang, 31 Okt 2012. ober Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza Abd Kadir. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan