Mahkamah Rayuan Bebaskan Pegawai Polis Daripada Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa membebaskan seorang bekas Asisten Supritendan Polis (ASP) daripada tuduhan rasuah.

Dalam satu keputusan majoriti dua-satu, tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak membenarkan rayuan Hasadid A. Hamid untuk mengetepikan sabitannya dan 12 bulan penjara dan denda RM19,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas tuduhan ketiga menerima rasuah RM1,900 daripada seorang peminjam wang.

Abdul Malik dan Datuk Zawawi Salleh membuat keputusan memihak Hasadid manakala Datuk Azahar Mohamed menentang.

Sementara itu, panel yang sama sebulat suara menolak rayuan balas pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepaskan dan membebaskan Hasadid, 53, atas tuduhan pertama dan kedua.

Hasadid, yang juga bekas ketua siasatan jenayah polis Ibu pejabat Polis Batang Padang, Tapah kelihatan tunduk dan menangis apabila Abdul Malik mengumumkan keputusan itu. Bagi pertuduhan pertama, Hasadid dituduh meminta RM3,500 daripada A. Thiagarajan pada 25 Sept, 2002 di Ibu pejabat Polis Batang Padang sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Thiagarajan untuk diletakkan di bawah kediaman terhad kerana didakwa mengendalikan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen.

Bagi pertuduhan kedua, Hasadid dituduh menerima rasuah RM1,500 daripada Thiagarajan pada hari dan tempat yang sama sebagai imbuhan kerana tidak mengambil tindakan terhadapnya (Thiagarajan) dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima rasuah RM1,900 daripada Thiagarajan pada 30 Sept, 2002, di tempat yang sama.

Hasadid diarah menyiasat satu aduan yang mendakwa Thiagarajan bergiat dalam perniagaan pinjaman wang tanpa lesen.

Pada 22 Sept 2006, Mahkamah Sesyen membebaskan Hasadid bagi pertuduhan pertama dan kedua tetapi mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM19,000 bagi pertuduhan ketiga.

Pada 9 Mac 2010, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan menolak rayuan Hasadid dan juga rayuan balas pendakwaan.

Sebelum itu, peguam Hasadid, A. Athimulan berhujah bahawa Mahkamah Rayuan tidak menimbangkan pembelaan Hasadid bahawa pengambilan wang semata-mata tidak bererti melakukan rasuah jika motif dan niat yang tidak dapat dibuktikan.

Katanya Thiagarajan telah memasukkan wang dalam dokumen dan meninggalkan pejabat Hasadid tetapi kemudiannya pegawai agensi pencegahan rasuah pada masa itu menahan Hasadid.

Athimulan berkata Hasadid mahu melaporkan penemuan wang itu kepada pegawai atasannya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan