Lelaki Didakwa Miliki Senjata Berbahaya

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan memiliki senjata berbahaya dan tiruan.

Mohd Jaffar Robani, 46, didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu tiga bilah pisau graviti, sebilah lembing, 29 pedang dan 11 parang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa memiliki selaras senapang tiruan dan empat pucuk pistol tiruan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjatapi 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah tidak bernombor di Batu 25 1/2 Kampung Chabau di sini masing-masing pada 4.30 petang dan 5.30 petang, 5 dan 7 Jan lepas.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 4 Mac depan sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Badariah Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Suhaidi Zakaria. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan