Pengurus Lombong Pasir Didakwa Bunuh Dua 'Bouncer'

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus lombong pasir dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat terhadap pertuduhan membunuh dua 'bouncer' atau pengawal di sebuah kelab hiburan, tahun lepas.

J. Tharmarajah, 38, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Mohd Akmal Jemain dan Muhammad Noor Firdaus masing-masing berumur 22 tahun di Jalan Doraisamy, Dang Wangi dekat sini antara 4.30 pagi dan 5 pagi, 26 Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Tharmarajah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Majistret Nur Azura Murah menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh diwakili peguam S. Prakash.

Sebelum ini media melaporkan dua pengawal itu mati ditembak oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan