Lima Didakwa Perdagang Kanak-Kanak Sejak 2009

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Empat wanita dan seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdagang kanak-kanak sejak 2009 hingga Januari tahun ini.

D.C Chin, 57, Ooi Ah Imm, 47, Lim Choon Liang, 63, Bahtiar Abas, 51, dan Lim Soo Chin, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan masing-masing dibaca di depan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 607) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Chin dan Ooi masing-masing berdepan enam pertuduhan, Choon Liang empat pertuduhan manakala Bahtiar dan Soo Chin masing-masing berdepan satu pertuduhan memperdagang kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi di tempat, masa dan tarikh berlainan.

Mengikut pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di Taiping, Pantai Remis, dan Ipoh di Perak; Juru dan Teluk Kumbar di Pulau Pinang serta Lunas di Kedah antara 28 Dis 2009 hingga 16 Jan lepas.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ramlan, peguam Y.Yogeswaran mewakili Soo Chin dan Choon Liang, J.J Singh mewakili Chin, K.Supramaniam mewakili Ooi manakala Bahtiar tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan