Bunuh Anjing, Pembantu Rumah Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Jumaat selepas mengaku bersalah membunuh seekor anjing betina milik anak saudara majikannya, dua minggu lepas.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan Heltija Bulu, 26, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 10 Jan lepas.

Heltija didakwa membunuh seekor anjing betina baka Yorkshire Terrier berharga RM3,000 kepunyaan Teh Kelly, 18, di Jalan Sri Hartamas 4, Taman Sri Hartamas, Brickfields dekat sini pada 1.21 tengah hari, 10 Januari lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul anjing itu diruang tamu dan kemudiannya membawa haiwan itu ke dalam bilik air lalu mencampakkannya ke penjuru tandas.

Bedah siasat oleh Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh mendapati punca kematian anjing betina itu akibat penderaan melibatkan objek tumpul yang menyebabkan kematian secara 'Hypovolemic Shock'.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan