Pelajar Nigeria Dihukum Mati Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pelajar lelaki warganegara Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa setelah didapati bersalah mengedar 16.9 kilogram kanabis, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi John Amaechi Eze.

John, 23, pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur didapati bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Dewan Lye Huat Garden, Jitra pada kira-kira 9.30 malam, 10 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

John yang kelihatan tenang ketika keputusan disampaikan, kemudiannya memohon kebenaran mahkamah untuk menghubungi keluarganya di Nigeria kerana sejak ditahan dia tidak pernah menghubungi mereka.

Mohd Zaki memberitahu perkara itu akan diuruskan oleh peguam bela dan pendakwa raya.

Tertuduh diwakili peguam Ali Munawar Razak manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan