Edar Dadah Di KLIA: Pelajar Kolej Warga Iran Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pelajar kolej warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 561 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.

Hakim, Datuk Nurchaya Arshad menjatuhi hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Mohshen Ahangari Ali, 29, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohshen didakwa melakukan kesalahan itu di bahagian tuntutan bagasi F, Balai Ketibaan KLIA, pada 9.55 pagi, 29 Jun 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan selepas pemeriksaan menemui dadah di dalam plastik lutsinar yang disembunyikan di dalam ruang khas yang dibuat di dalam bagasinya.

Sepanjang perbicaraan, lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zainal Azwar Kamaruddin manakala tertuduh diwakili peguam Datuk N.Sivananthan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan