Kes Sosilawati: Kathavarayan Nafi Rancang Pembebasan Dengan Menjadi Pemberi Maklumat Polis

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menafikan bahawa dia membuat perancangan dengan pihak polis mengenai pembebasannya sebagai 'ganjaran' menjadi pemberi maklumat kepada mereka.

R.Kathavarayan, 32, membuat penafian itu ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N.Pathmanabhan.

Manjeet Singh mengingatkan Kathavarayan yang dia memberitahu Manjeet Singh semalam yang dia akan mengadakan kenduri dalam tempoh dua bulan dan akan dibebaskan. Kathavarayan bagaimanapun menafikan bahawa dia ada berkata demikian kepada Manjeet Singh.

"Semalam saya berada di dalam lif bersama kamu dan dua anggota polis pengiring, kamu tanya saya kenapa saya tidak belikan makanan tengah hari untuk kamu dan saya beritahu kamu saya tak akan belanja kamu makan tengah hari," kata Manjeet Singh dan tertuduh menjawab ya.

"Kamu kata, kamu akan adakan kenduri dalam dua bulan lagi dan kamu jemput saya...jawab dengan jujur yang kamu ada berkata begitu," soal Manjeet Singh dan Kathavarayan menjawab "ya".

"Saya tanya kamu di mana kenduri itu sama ada kamu akan bebas, adakah saya bertanya kamu demikian?" soal Manjeet Singh dan tertuduh menjawab "ya".

"Kamu kata dalam masa dua bulan kamu akan akan bebas," kata Manjeet Singh dan Kathavarayan menjawab "tidak".

"Adakah kamu memberitahu mahkamah bahawa saya berbohong? Kamu kata kamu akan balik dan adakan kenduri dalam masa dua bulan," kata Manjeet Singh.

"Saya tidak kata begitu," jawab tertuduh.

"Saya cadangkan kepada kamu bahawa itulah yang kamu katakan. Ini sebahagian daripada perancangan bagi kamu menjadi pemberi maklumat polis," kata Manjeet Singh dan Kathavarayan menjawab "tidak".

"Kamu kata (semalam), kamu pemberi maklumat polis...tolong polis tangkap orang lain," kata Manjeet Singh.

"Saya hanya beritahu saya ada bantu polis, saya bukan pemberi maklumat, jawab Kathavarayan.

Ketika ditanya Manjeet Singh sama ada dia ada menerima ganjaran kerana membantu pihak polis, tertuduh menjawab "tidak".

Kathavarayan diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, T. Thilaiyalagan, 21, dan R.Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Kepada soalan oleh Manjeet Singh, Kathavarayan berkata tidak berlaku sebarang kejadian pembunuhan pada 30 Ogos 2010.

"Jadi, pertuduhan (bunuh) ke atas kamu dan tiga tertuduh lain yang dikatakan berlaku pada 30 Ogos 2010 antara 8.30 malam dan 9.45 malam tidak benar, betulkan," soal Manjeet dan tertuduh menjawab "ya".

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 21 Januari (Isnin). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan