Wanita Bersalin Di Perkarangan Mahkamah Perlis

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perkarangan kompleks Mahkamah Perlis mencatat sejarahnya tersendiri apabila seorang wanita yang sarat mengandung melahirkan seorang bayi lelaki, pagi Khamis.

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, Shahidawati Shabudin, 37, hadir ke mahkamah untuk mengikuti kes suaminya, Narizam Saad, 39, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi mendapat perintah mengikut Seksyen 4(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Mengikut laman web rasmi Mahkamah Perlis, Narizam sebak lalu menangis apabila melihat isterinya melahirkan seorang bayi di perkarangan mahkamah sebelum beliau dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah itu.

Sementara itu majistret, Zuhair Rosli yang sebelum itu turut menyaksikan peristiwa itu kemudiannya membuat keputusan agar tertuduh dibebaskan dengan pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tempoh dua tahun.

Bayi lelaki itu serta ibunya telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan lanjut.

Wanita itu dikatakan dijadualkan melahirkan anak keempatnya itu pada 1 Feb tetapi kelahiran bayi itu berlaku lebih awal dan di tempat yang tidak pernah dijangkakan.-- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan