Dana Khas Kawasan Pilihan Raya: Rayuan Anggota Parlimen Sungai Siput Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak boleh menggunakan saluran undang-undang untuk mempertikai isu berkaitan dana khas kawasan pilihan bagi kawasan Parlimennya.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu sebulat suara selepas berpendapat pengagihan dana itu adalah di bawah prerogatif pengurusan dan pertimbangan dasar, yang sememangnya di luar bidang kuasa mahkamah.

Md Raus berkata sehubungan itu, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menilai kelayakan permohonan Jeyakumar berkaitan isu dana khas tersebut atau memutuskan dasar yang dibuat oleh eksekutif.

Beliau berkata dasar kerajaan dibuat selepas mempertimbang beberapa faktor teknikal yang bukan bersifat undang-undang, dan hakim tidak memiliki maklumat atau kepakaran yang sesuai untuk menilai faktor terbabit serta memutuskan kewajaran dasar tersebut.

"Mahkamah perlu berhati-hati untuk campur tangan dalam hal yang berkaitan dengan dasar kerana ia merupakan perkara eksklusif dalam domain eksekutif.

"Campur tangan atau pelanggaran yang tidak wajar oleh badan kehakiman ke dalam bidang kuasa eksekutif dan sebaliknya akan membawa keburukan kepada sistem kerajaan kita yang berpegang kepada prinsip pengasingan kuasa antara tiga komponen iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman," katanya.

Md Raus juga berkata isu itu tidak boleh dipertahankan dari segi undang-undang dan semakan kehakiman berhubung perkara tersebut tidak boleh dilakukan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ahmad Maarof.

"Kami tidak nampak keperluan bagi Mahkamah Tinggi memberi kebenaran (kepada Dr Jeyakumar untuk memulakan semakan kehakiman) kerana dokumen jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai kes," katanya ketika menolak rayuan Jeyakumar.

Dr Jeyakumar mengemukakan rayuan terhadap tindakan Mahkamah Rayuan membatalkan kebenaran yang diperolehnya daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan agensi kerajaan menolak permohonan beliau mendapatkan peruntukan daripada dana khas kawasan pilihan raya.

Beliau memohon peruntukan khas itu untuk disumbangkan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan serta beberapa projek kecil bagi faedah penduduk kampung Orang Asli.

Dr Jeyakumar menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Pejabat Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden dalam permohonannya bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman yang difailkan pada 29 Oktober 2010.

Antara lain, beliau memohon satu pengisytiharan bahawa peruntukan dana khas kawasan pilihan raya itu mesti disalur sama rata kepada semua Anggota Parlimen tanpa mengira kaitan politik mereka mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dr Jeyakumar juga memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi penjelasan berhubung bidang kuasa dalam mengagihkan dana daripada peruntukan khas kawasan mengikut budi bicara mereka selain menuntut mengetahui prosedur mengeluarkan peruntukan itu sejak 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan