Tertuduh Keempat Kes Sosilawati Nafi Bunuh Mangsa

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tertuduh keempat kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak membunuh mangsa sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan.

R.Kathavarayan, 32, berkata sehubungan itu, pertuduhan terhadapnya adalah silap dan tidak adil.

Dia berkata demikian selepas bersetuju dengan cadangan peguam Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili tertuduh pertama N.Pathmanabhan, pada perbicaraan kes itu, Rabu.

Pada mulanya, Manjeet mencadangkan bahawa pertuduhan terhadap Katharayan adalah 'tidak munasabah' namun menukarkannya kepada 'silap' dan 'tidak adil' selepas dibantah Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, yang berpendapat hanya mahkamah berhak menentukan perkara itu.

Kathavarayan turut menafikan bahawa dia adalah seorang pemberi maklumat dalam kes itu.

Kathavarayan diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, T. Thilaiyalagan, 21, dan R.Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, Hakim Datuk Akhtar Tahir menolak permohonan peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Kathavarayan supaya mahkamah mengambil kira dua laporan polis bertarikh 3 dan 10 Disember tahun lepas yang dibuat anak guamnya.

Hasshahari berkata Khatavarayan membuat laporan itu kerana khuatir dengan ancaman terhadap keluarganya.

Bagaimanapun, Akhtar mempersoal kaitan laporan itu dengan pertuduhan yang dihadapi Kathavarayan.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan