Lelaki Didakwa Curi Wang Dan Telefon Bimbit Pelancong Brunei

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sebelum ini pernah didakwa menyamar sebagai timbalan pendakwa raya pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri wang tunai dan barang milik pelancong Brunei.

M.K. Ravi, 45, mengaku tidak bersalah mencuri wang tunai dolar Brunei 1,500, dua telefon bimbit dan seutas jam tangan, kesemuanya bernilai RM7,000 milik Muhd Asrul Hafiz Muhd Aarif Lim, 42.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik no 108 Yija Hotel Jalan Raja Laut, di sini pada 4.30 hingga 8.30 malam, 27 Disember tahun lepas.

Ravi didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Osman memohon mahkamah tidak membenarkan Ravi diikat jamin kerana dia mempunyai waran tangkap berhubung kes penipuan dan menyamar sebagai timbalan pendakwa raya di Mahkamah Sesyen.

Majistret Suzarika Sahak menetapkan 4 Februari untuk sebutan kes dan tidak membenarkan sebarang ikat jamin.

Sementara itu Ravi, yang tidak diwakili peguam turut dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini untuk sebutan kes.

Hakim Hasbi Hasan menetapkan Jumaat untuk membolehkan Ravi membela diri dalam perbicaraan melibatkan dua pertuduhan terhadapnya.

Pada 19 Januari tahun lepas, Ravi yang bekerja sendiri didakwa menipu Koperal Zainal Maliki untuk mempercayai dia adalah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria yang akan menyelesaikan kes rasuah melibatkan Zainal hingga mendorongnya (Zainal) menyerahkan wang RM5,000.

Bagi kesalahan itu, Ravi didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Bagi kesalahan kedua, Ravi didakwa menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian dan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ravi didakwa melakukan pertuduhan pertama di Bank Simpanan Nasional, Sungai Besi pada 9.09 pagi, 26 Mei 2011 dan tuduhan kedua di B8A, Jalan Sinaran, Taman Sinaran, Balakong, pada 8 malam, 25 Mei 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan