Saksi Beritahu Shamsubahrin Beli Tiga Kereta Melibatkan Lebih RM400,000

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu jualan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail membeli tiga buah kereta melibatkan lebih RM400,000 dengan syarikat FA Automobile (Ipoh) Sdn Bhd pada Disember 2011.

Foo Rox Zan,24, memaklumkan tiga kereta yang dibeli Shamsubahrin ialah Mitsubishi Grandis berharga RM167,042, Mitsubishi ASX (RM138,042) dan Mitsubishi Triton (RM101,092).

Bagaimanapun, Foo berkata dua kereta iaitu Mitsubishi Grandis dan Mitsubishi AXS didaftar atas nama isteri Shamsubahrin iaitu Suzana Abdul Aziz, manakala Mitsubishi Triton atas nama tertuduh.

"Dua kereta iaitu Mitsubishi Grandis dan ASX dibeli oleh Datuk Sham (Shamsubahrin) pada 5 Dis 2011, manakala untuk Triton, ia dibeli pada 9 Dis tahun sama," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Robert Pasang Alam.

Foo berkata demikian pada perbicaraan kes Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dia juga berdepan lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan jumlah yang sama, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding Selasa, Foo berkata Shamsubahrin menggunakan cek bagi pembayaran ketiga-tiga kereta berkenaan.

"Bagi setiap kereta berkenaan, Datuk Sham memberikan deposit RM1,000 manakala bagi lebihan untuk ketiga-tiga kereta berkenaan, ia dibuat melalui cek," katanya.

Sementara itu, saksi ke-24 pendakwaan iaitu Penolong Pendaftar Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Roslizawati Nur Wahida Abd Ahmad memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan rekod, Shamsubahrin menjadi pengarah kepada 39 syarikat.

Ketika menjawab soalan Robert sama ada jenis perniagaan syarikat tertuduh, iaitu Shamsubahrin Resources Sdn Bhd, melibatkan perniagaan konsultansi, Roslizawati berkata perkara itu tidak dinyatakan dalam 'Memorandum And Articles of Assocation' ketika syarikat tersebut didaftarkan pada 16 Jun 2005.

Roslizawati, 34, turut memaklumkan mahkamah bahawa NFC ditubuhkan pada 19 Disember 2006 dan pengarah syarikat itu ialah Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh.

Perbicaraan di depan Hakim Rozilah Salleh bersambung pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan