Jurutera Kanan Wanita Jabatan Kesihatan Melaka Bebas Pertuduhan Kemuka Tuntutan Palsu

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membebaskan seorang jurutera kanan wanita Jabatan Kesihatan Negeri Melaka daripada dua pertuduhan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri yang didakwa mengandungi butiran palsu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azhar Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Salmah Sulaiman, 44.

Dalam penghakimannya, Hakim Azhar berkata terdapat jurang yang serius dalam kes pendakwaan apabila gagal memanggil pembuat dua baucar tuntutan perbatuan, yang merupakan elemen penting dalam pertuduhan rasuah terhadap Salmah.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang dijatuhkan ke atas Salmah, diketepikan manakala wang RM20,000 yang dibayar sebagai denda, dikembalikan.

Azhar berkata panel itu sebulat suara bersetuju dengan hujah peguam Karpal Singh bahawa dalam kes jenayah, pembuat perlu dipanggil sebagai saksi bagi membolehkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bukti.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Linton Albert.

Sejurus selepas penghakiman mahkamah, Salmah kelihatan menitiskan air mata kegembiraan sebelum bergegas ke arah saudara-mara dan rakannya di galeri awam serta mengucapkan terima kasih kepada Karpal Singh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengemukakan tuntutan perbatuan pertama berjumlah antara RM6 dan RM100 bagi bulan Oktober serta tuntutan kedua berjumlah antara RM4.20 dan RM100 bagi November 2006.

Salmah didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Jalan Hang Tuah pada 14 Februari 2007.

Karpal Singh kemudian memaklumkan pemberita bahawa dengan keputusan itu, Salmah boleh kembali bertugas dan berhak mendapat tunggakan gaji serta manfaat lain sejak dia digantung selepas didakwa pada 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan